Friday, February 19, 2010

Selamat Datang KRS 2010

Pasukan KRS tahun ini telah berubah beberapa struktur pentadbiran seperti guru penasihat dan kalendar aktiviti.untuk tahun 2010 ini pasukan KRS SBPIS akan mengadakan program kenaikan pangkat untuk ahli2 pasukan KRS yang berjaya melepasi beberapa ujian yang telah ditetapkan dan telah dibincangkan di dalam perjumpaan kelab.Diharapkan pasukan krs sbpis akan terus maju 2010..

Wednesday, May 6, 2009

logo KRS

Pengertian logo

3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.

3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.

3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.

3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.

3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.



4.1 Warna Hijau melambangkan

a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.

b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.

c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

4.2 Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’

a. ILMU : Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.

b. IMAN : Keimanan yang mendalam merupakan asas
pembinaan diri.

c. AMAL : Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat
yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri


PERTOLONGAN CEMAS


MATLAMAT:
Mendedahkan pelajar KRS kepada asas pertolongan cemas bagi
menghadapi situasi kecemasan yang di hadapi serta mengenal anggota tubuh badan dan fungsinya.
OBJEKTIF :
1. Pelajar dapat mengetahui maksud pertolongan cemas
2. Pelajar dapat ,mengenal anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan anduh lengan.
3. Pelajar dapat melipat anduh tiga segi dengan betul
4. Pelajar dapat membuat anduh tiga segi,anduh besar, anduh leher dan anduh lengan.
5. Menamakan struktur anggota badan serta fungsinya secara ringkas


ASAS PERTOLONGAN CEMAS
a) Apa itu pertolongan cemas?
Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan yang diberi kepada orang tercedera atau pesakit sebelum ambulans tiba atau mereka yang berkelayakan.

b) Objektif Pertolongan Cemas
Melindungi nyawa
Mengelakkan kecederaan atau keadaan bertambah teruk
Membantu pemulihan

c) Sifat-sifat sebagai Pembantu Dalam Pertolongan Cemas
1) Tajam perhatian-nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan
2) Pantas Ikhtiar- dapat menggunakan apa yang sesuai di persekitaran kemalangan
3) Tidak Kasar- Tidak menyakiti mangsa
4) Bertimbang rasa- bersimpati dengan masa
5) Berakal budi- Berbudi timgi dan tidak berlaku kasar
6) Sentiasa senyum-muka sentiasa senyum akan memberikan keyakinan kepada magsa
7) Memberi Pertolongan- lakukan setakat mampu sahaja.

d). Tugas sebagai pembantu dalam pertolongan cemas.
1. Mengetahuai apa yangt terjadi tanpa membahayakan diri sendiri
2. Menyakinkan pesakit dan melindungi daripada sebarang kemungkinan bahaya
3. Menguruskan untuk membawa pulang atau hospital berhampiran jika perlu
4. Membuat keputusan dengan bijak dan pantas

e) Alatan Dan Bahan dalam Peti Pertolongan Cemas
1. Pembalut merekat kalis air
2. Pembalut steril kasa bersegi
3. Gulungan kapas
4. Pembalut segitiga
5. Pembalut bergulung
6. Gulungan pita
7. Sapuan antiseptic
8. Pen dan pensel
9. Penyepit Kecil
10. Gunting
11. Pin
12. Bekas plastic
13. Pembalut elestik
14. Sabun
15. Buku catatan

KAWAD STATIK

BAHAGIAN SATU

SEDIA

Hukumannya :

"Skuad ..............Sedia"

Perbuatan :
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kaki kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah; kedua-dua lutut bertahan lurus; badan tegak; timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit; kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata; kedua-dua tangan lurus ke bawah; kedua-dua siku rapat ke badan ; pergelangan tangan lurus; jari-jari genggam; belakang jari rapat ke paha, ibu jari lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahitan seluar; langut kepala memandang terus ke hadapan.






Kesalahan Biasa
1. Kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan.
2. Berdiri tidak tetap serta mata bergerak.
3. Kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
4. Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
5. Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan
tangan mengerekot.
6. Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
7. Tidak memandang (200 meter) ke hadapan
8. Tunduk atau mendongak.
9. Semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi.

Ingatan:
Beri hukuman supaya bersedia sebelum "Skuad ..............Sedia".



BAHAGIAN II
SENANG DIRI

Hukuman :

"Senang ..................Diri"

Perbuatan :

Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari bersusun lurus menuju ke bumi , siku lurus, dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

Kesalahan Biasa :

1. Siku bengkok;
2. Lutut tidak tegap dan tiada bertahan;
3. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci;
4. Menggerakkan kaki kiri menyebabkan rosak lurus barisan;
5. Pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan;
6. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.
7. Bahu jatuh dan badan mengenjut.


BAHAGIAN III
REHATKAN DIRI

Hukuman :

"Rehatkan ................Diri"

Perbuatan:

Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota badan ( 1 , 2 , rehat ) Kedudukan kaki tidak berubah.

Kesalahan biasa :

1. Kedua kaki bergerak , menyebabkan hilang lurus barisan;
2. Menggeliat dan bercakap-cakap.

Ingatan :
Dalam keadaan "Rehatkan ....... Diri" , Skuad dibenarkan melakukan pergerakan setakat pinggang ke atas sahaja.

Apabila dapat perintah "Skuad" dengan serta merta balik ke kedudukan senang diri.

BAHAGIAN IV

MASUK BARIS

Arahan masuk baris :

"Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tiga barisan di hadapan saya gerak, skuad hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya mengadap. Faham itu skuad".

Hukuman :

"Tiga Barisan Di hadapan Saya ............. Gerak"

Perbuatan :

Semua anggota hendaklah sedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan di antara seorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan sedia.

Kesalahan Biasa :

1. Datang berbaris tidak berlari
2. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum berlari.
3. Bercakap-cakap;
4. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.


BAHAGIAN V
MEMBETULKAN BARISAN

Hukuman:

" Ke kanan ............ Lurus"

Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain langkah* kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kaki kanan, kedua - dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan; melainkan anggota yang nombor satu dalam setiap barisan; serentak dengan itu anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melalui sebelah belakang anggota di kanannya, jari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu anggota di sebelah kanan. Diam dan kira masa sendiri, (2-1), diikuti dengan hentak kaki ”pendek – pendek” sehingga barisan lurus.

Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebelah kanan barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri bersetentang dengan anggota - anggota di hadapan. Sesudah barisan lurus, semua diam dan tunggu hukuman pandang depan.

*julur

Hukuman:

''Pandang.............depan''

Perbuatan:
Palingkan muka ke hadapan dan turunkan tangan ke sebelah rusuk serentak dengan pantas.

Hukuman:

”Ke Kiri…… Lurus”

Hukuman ini diberi apabila skuad menghadap ke belakang dan penanda berada di sebelah kiri.
Perbuatannya adalah sama dengan ke kanan lurus kecuali semua anggota akan palingkan muka ke kiri dan angkat tangan kiri. Penanda di sebelah kiri hendaklah diam.

Kita boleh memberi nombor sama ada dari kiri atau kanan.

Kesalahan Biasa :

1. Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa;
2. Pergerakan kaki dan bahu tidak sekata ke hadapan dan badan condong ke depan semasa meluruskan barisan;
3. ”Pinggang lemah” semasa kaki bergerak;
4. Jarak dan bersetentang tidak betul;
5. Badan dan kepala tidak tegak semasa meluruskan barisan;
6. Turun tangan lambat dan siku bengkok.
7. Menepuk peha ketika menjatuhkan tangan.

Hukuman :

"Luruskan ............ Barisan"

Perbuatan :

Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan, cuma hentakkan kaki kanan dan kiri berturut-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila barisan telah lurus , turunkan tangan dan palingkan muka ke depan dalam masa sendiri. Barisan tengah dan barisan belakang hendaklah mengikuti anggota hadapan.


BAHAGIAN VI
NOMBOR

Permulaan pelajaran, skuad hendaklah dinomborkan supaya menyenangkan jurulatih memanggil anggota. Dari itu memadai dengan memanggil “Nombor.......... barisan ..................” saja. Anggota juga tahu kedudukannya dalam skuad.


Hukuman :

" Dari kanan ...........Nombor"

Perbuatan :

Barisan hadapan sahaja yang membilang nombor dengan pantas dari kanan ke kiri. Anggota yang di sebelah kanan sekali bilang "satu" , yang lain mengikut bilang "dua" dan seterusnya sehingga habis.

Kesalahan Biasa :

1. Tidak mengira nombor dengan cepat.
2. Suara perlahan.
3. Lupa nombor masing-masing.

Ingatan :

Apabila anggota telah tersalah bilang, hendaklah diberi hukuman "Semula" , kemudian ulang balik daripada anggota pertama.

BAHAGIAN VII
BUKA / TUTUP BARISAN

Hukuman :

"Buka Barisan .................Gerak".

Perbuatan :

Barisan hadapan ambil dua langkah ke hadapan, iaitu langkah kaki kanan ke hadapan 30 inci dan kaki kiri 15 inci, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Barisan belakang ambil dua langkah ke belakang mulai kaki kanan diikuti kaki kiri, kemudian angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri kepada kedudukan sedia. Masa bergerak bilang;
(1-2-1)


Kesalahan Biasa :

1. Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan;
2. Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang;
3. Tangan dan bahu bergerak;
4. Mata pandang ke bawah;
5. Badan tidak tegak.

Hukuman :

"Tutup Barisan.......Gerak".

Perbuatan :

Barisan hadapan ambil dua langkah ke belakang dan barisan belakang ambil dua langkah ke hadapan. Pergerakannya adalah serupa seperti "Buka Barisan......Gerak".

Ingatan :

Apabila skuad berjalan dalam barisan ke hadapan atau ke belakang (melintang) ketika hukuman buka barisan diberi, barisan hadapan hendaklah jalan terus, barisan tengah hentak kaki dua kali , manakala barisan belakang hentak kaki empat kali dan maju. Kalau hukuman tutup barisan diberi, pergerakan adalah sebaliknya.

BAHAGIAN VIII

BERPUSING KE KANAN/ KIRI/ BELAKANG

Hukumannya :

”Bergerak ke kanan, kanan ........ Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kanan, di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.

Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah

Hukumannya,

”Bergerak ke kiri, Kiri .......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah ke kiri, di atas tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan dengan mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kiri terletak atas bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kiri. Angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri dengan pantas kepada kedudukan sedia.

Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah
Hukumannya :

Menghadap ke belakang , "Belakang ......Pusing".
Menghadap ke hadapan , "Belakang ......Pusing".

Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut pusingan jam ( ikut bahu kanan ) , di atas tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia . Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
1. Tangan tidak rapat ke badan
2. Hentak kaki tendang kuda.
3. Membongkok
4. Lutut bengkok
5. Angkat peha melebihi 45 darjah.
6. Badan melonjak ketika berpusing

BERPUSING SEPARUH KANAN/KIRI

Hukumannya:
”Bergerak ke kanan, separuh kanan ........ Pusing".
”Bergerak ke kiri, separuh kiri .......Pusing".

Pergerakan sebagaimana berpusing kanan/kiri tetapi separuh kanan/kiri sahaja ( 45 darjah )

Kesalahan biasa :

1. Badan melonjak semasa berpusing;
2. Tangan bergoyang dan membongkok semasa berpusing;
3. Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing.
4. Kedua-dua siku tidak lurus masa merapatkan kaki;
5. Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul dalam pergerakan pertama.
6. Lutut bengkok semasa berpusing.

BAHAGIAN X
BERSURAI DAN KELUAR BARIS

Hukuman :

"Ber..............surai".

Perbuatan :

Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan , pusing ke kanan, hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan, hormat sekali terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah dalam masa cepat ; terus bersurai.

Ingatan :

Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke kedudukan kepit sebelum memberi hormat. Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa anggota yang bertongkat.

Perhatian:
Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai. Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan dengan sempurna.

Hukuman :

"Keluar ............... Baris"

Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawat atau kawasan latihan.

BAHAGIAN XI
PARAS

Paras boleh dilakukan seperti berikut :

1.Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri.
2.Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan.
3.Anggota rendah di tengah-tengah.
4.Anggota tinggi di tengah-tengah

Hukuman :

"Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

Perbuatan :

Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah
ke belakang...........gerak".

Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke
kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.

"Jadikan tiga barisan, .........cepat jalan".

Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor dua menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor empat jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.

Ingatan :

Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri, hukumannnya :

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing".

" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"

( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas.


Hukuman :

"Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan ..........paras".

Perbuatan :

Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia.

"Dari kanan........... Nombor"
Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri.

"Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak".

Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan.

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing".

Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan.

"Jadikan tiga barisan.........cepat jalan".

Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri.

Ingatan :

Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tinggi di sebelah kiri, hukumannnya :

"Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing".

" Jadikan tiga barisan..........cepat jalan"

( iaitu semasa mereka di dalam satu barisan ), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas.

BAB KETIGA
BERJALAN



Jarak Langkah (Ukuran dari tumit ke tumit)

(a) Perlahan dan cepat jalan jaraknya tiap-tiap satu langkah 30 inci;
(b) Panjangkan langkah tiap-tiap satu langkah 33 inci;
(c) Pendekkan langkah tiap-tiap satu langkah 21 inci;
(d) Berlari tiap-tiap satu langkah 40 inci;

Masa Berjalan (Timing Of Marching)

(a) Perlahan jalan langkah 65 langkah dalam satu minit;
(b) Cepat jalan 120 -128 langkah dalam satu minit (Biasa);
(c) Berlari 180 langkah dalam satu minit.

SEJARAH PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS )

Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS)

Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah­-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

simpulan-simpulan asas KRS

sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
TINDIH KASIH




SIMPUL MANUK


LILIT AUTLINE


LILIT BALAK












































pasukan KRS SBP Integrasi Selandar

Pemeriksaan barisan oleh juri pertandingan di pertandingan peringkat kawasan salah satu formasi menarik yang dipamirkan oleh puteri krs sbpis yang menarik perhatian
Jurulatih utama ckg Amirulfaizan memberikan tips2 yang perlu untuk pasukan


Khusyuk sampai menutup mata..fokus2!

Berbaloi akhirnya dengan kemenangan yang diterima..hasil penat lelah berbalas sudah
sesudah menjuarai kategori puteri peringkat daerah Jasin






Amanat yang diberi semasa latihan diberikan perhatian khusus oleh angota KRS



Begitu segak dan bergayanya pasukan puteri Krs sbpis dalam pertandingan yang disertai